Assalamualaikum..ari ni elly nak cerita pasal aktiviti elly with my family mase ari sabtu semalam. Well. Memang penat taw! Tapi x pe, seronok! Mane taknye, seharian jugak la kuar. Daripada pukul 2 ptg smpai la pkul 12 malam kot. Kira kategori lama la kan? Hehe.. Ada 3 aktiviti yang dilakukan ari ni. Sila teruskan membaca yek..
Aktiviti Pertama!
My family (tak termasuk abg) pagi lunch dulu kat kedai makan area Sg.Besi. Lepak-lepak jap..borak ngan family..then, gerak pergi rumah kawan mak kat Shah Alam.. Rumah cik Umi and her husband, pak cik zamani..Lame gak la kat situ. Mane taknye, mak ngan ayah kalau dapat bersembang, memang lama! Hik ^_^ Biase lah, jumpa kawan lama kan... Pukul 8.30 malam baru la kitaorang balik.. By the way, sila lihat bawah untuk gambar-gambar yang di snap by me masa kat umah cik Umi.. Hehe..
Aktiviti2 disediakan: Mak ngn cik umi yang bz bergosip2 kat dapur, Ayah and pak cik zamani yang borak psl ape hal dunie kat ruang tamu, Johan and Irfan yang gatai tangan kacau hamster kt umah cik umi, Abral and Elly yang sebok beposing bagai + duk kat buaian kat laman depan umah..
Aktiviti kedua!
Haa.. Lepas tu kan, mak ajak pergi Jalan T.A.R, biasalah..tiap malam sabtu kan ade pasar malam kat sane. Peluang yang tidak patut dilepaskan sama sekali! Mari menghabiskan duit mak! Haha! Kat sana, aku beli 3 helai baju ala-ala kemeja. Ok. Hati berbunge riang! wee~ Adik-adik aku sume bengang, coz diorang tak dapat beli ape yang diorang nak. Yela, mintak yang bukan2, memang tak la nak dapat. Aku suka! Aku suka! <gelak jahat!> Untuk aktiviti ni, x de gambar yang di snap, memandangkan aku sebok shopping. So, x de lah, sempat nak snap kan. Nak suh abral, tak leh harap! Buat pic rosak ade lah.. Maaf ye wahai readers.. Tolong smile! Mcm ni > XD
Aktiviti ketiga!
Lepas dah shopping, mestilah lapar kan? Hehe. So, kita orang makan kat Kg. Baru, KL.. Makan bubur nasi dengan macam2 lauk yang best. Antaranya, somtam, ikan bilis goreng, sayur asparagus, sayur brocoli, sotong masak tak tau, daging masak merah dan lain2! (sila telan air liur!)
Time ni, adik aku yang si Irfan tuh, sempat merajuk dek kerana tak dapat barang masa beli-belah kat Jln T.A.R td. Sian. Budak nih, kalau dapat merajuk, memang over! Letih mujok! Oleh yang demikian, beliau telah diendahkan buat sementara. Raseeeekan! Haha! (Gelak jahat). Sila take a look the pictures...
Okey tu jer elly nak cerita.. Banyak sangat celoteh dah ni. Ok yea. Bubye semua. Salam 1 Malaysia dear Malaysians! Ehehe.. = )